RAMADHAN YOUTH CHALLENGE MASJID TUN ABDUL AZIZ, PETALING JAYA

Assalamualaikum gais.
Kalini sis nak cerita pasal Ramadhan Youth Challenge yang sis join masa bulan ramadhan haritu.
Actually ni kali kedua untuk sis join program ni. (join lagi tahun ni sebab tahun lepas best)
Banyak pengajaran dan pengalaman yang korang akan dapat bila join program ni sis tak tipu.
Meh sis cite apa tentatif prog Ramadhan Youth Challenge untuk tahun 2017 ni.


Ramadhan Youth Challenge 2017


PAGI
Kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti ziarah. Satu kumpulan 4 orang. Untuk pagi kitorang melawat Asnaf dan fakir miskin kat satu perumahan PPR. Sampaikan sumbangan orang ramai pada yang memerlukan. Banyak pengajaran yang sis dapat dan sedikit-sebanyak apa yang dialami mereka yang dicerita pada kami memberi keinsafan.
Ada yang hidup sebatang kara ditinggal anak-anak. Hidup sendirian dan tak berdaya. Mengharap belas ihsan jiran tetangga untuk mengisi perut meneruskan hidup dan bermacam lagi kisah yang meruntun hati.
Yes, kita rasa kita susah,
Tapi hakikatnya ramai lagi yang lebih memerlukan.
Betapa kita perlu mensyukuri nikmat yang Allah bagi pada kita.

Ni group Iolls.(Muka pucat sebab demam haha)

Sukarelawan-sukarelawan

Okey sis paling muda dalam gambar ni hahaha

Ramai kan?

Ni otai-otai 

PETANG
Okey untuk petang kitorang ke salah satu rumah kebajikan di Kota Damansara.
Sis lupa nama rumah kebajikan tu (my bad)
Last year kitorang ke hospital PPUM lawat doktor-doktor hensem (K Tak tak gurau)
So this year ke rumah kebajikan pulak.
Yang sis tahu rumah kebajikan ni menempatkan gelandangan, anak-anak fakir miskin dan yatim, gadis-gadis terlanjur dan orang-orang tua.
Group sis dapat bahagian kanak-kanak.
So melayan la sis kanak-kanak.
Dah haku sekali macam kanak-kanak ribena.
AHAHAHAHA
Kat sini tak dibenarkan ambik gambar sebab dorang dilindungi dibawah undang-undang so korang tengok jelah gambo kami-kami ni ya.
khusyuk dengor taklimat masing-masing

me with this nurses

Sis dengan my schoolmate zatul,intan and kas


Semua sukarelawan-sukarelawan

MALAM
Untuk malam memang korang akan berada di masjid. Buka puasa sama-sama kat masjid dan solat terawih bersama-sama. Selalunya program ni akan habis dalam pukul 10 malam gitu.
Pada sis program-program macamni bagus untuk remaja-remaja macam kita ni.
At least ada la jugak kerja amal kau waktu bulan puasa.
Takdelah kau dok tidoq dari pagi sampai bukak puasa hahaha.
Program macamni dapat bagi kesedaran pada kita untuk tengok "bawah saat kita ada kat atas, dan tengok atas saat kita kat bawah."
Adios.
Love,
Nur Ain



No comments:

Post a Comment