RAMADHAN YOUTH CHALLENGE MASJID TUN ABDUL AZIZ, PETALING JAYA

Assalamualaikum gais.
Kalini sis nak cerita pasal Ramadhan Youth Challenge yang sis join masa bulan ramadhan haritu.
Actually ni kali kedua untuk sis join program ni. (join lagi tahun ni sebab tahun lepas best)
Banyak pengajaran dan pengalaman yang korang akan dapat bila join program ni sis tak tipu.
Meh sis cite apa tentatif prog Ramadhan Youth Challenge untuk tahun 2017 ni.


Ramadhan Youth Challenge 2017


PAGI
Kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti ziarah. Satu kumpulan 4 orang. Untuk pagi kitorang melawat Asnaf dan fakir miskin kat satu perumahan PPR. Sampaikan sumbangan orang ramai pada yang memerlukan. Banyak pengajaran yang sis dapat dan sedikit-sebanyak apa yang dialami mereka yang dicerita pada kami memberi keinsafan.
Ada yang hidup sebatang kara ditinggal anak-anak. Hidup sendirian dan tak berdaya. Mengharap belas ihsan jiran tetangga untuk mengisi perut meneruskan hidup dan bermacam lagi kisah yang meruntun hati.
Yes, kita rasa kita susah,
Tapi hakikatnya ramai lagi yang lebih memerlukan.
Betapa kita perlu mensyukuri nikmat yang Allah bagi pada kita.

Ni group Iolls.(Muka pucat sebab demam haha)

Sukarelawan-sukarelawan

Okey sis paling muda dalam gambar ni hahaha

Ramai kan?

Ni otai-otai 

PETANG
Okey untuk petang kitorang ke salah satu rumah kebajikan di Kota Damansara.
Sis lupa nama rumah kebajikan tu (my bad)
Last year kitorang ke hospital PPUM lawat doktor-doktor hensem (K Tak tak gurau)
So this year ke rumah kebajikan pulak.
Yang sis tahu rumah kebajikan ni menempatkan gelandangan, anak-anak fakir miskin dan yatim, gadis-gadis terlanjur dan orang-orang tua.
Group sis dapat bahagian kanak-kanak.
So melayan la sis kanak-kanak.
Dah haku sekali macam kanak-kanak ribena.
AHAHAHAHA
Kat sini tak dibenarkan ambik gambar sebab dorang dilindungi dibawah undang-undang so korang tengok jelah gambo kami-kami ni ya.
khusyuk dengor taklimat masing-masing

me with this nurses

Sis dengan my schoolmate zatul,intan and kas


Semua sukarelawan-sukarelawan

MALAM
Untuk malam memang korang akan berada di masjid. Buka puasa sama-sama kat masjid dan solat terawih bersama-sama. Selalunya program ni akan habis dalam pukul 10 malam gitu.
Pada sis program-program macamni bagus untuk remaja-remaja macam kita ni.
At least ada la jugak kerja amal kau waktu bulan puasa.
Takdelah kau dok tidoq dari pagi sampai bukak puasa hahaha.
Program macamni dapat bagi kesedaran pada kita untuk tengok "bawah saat kita ada kat atas, dan tengok atas saat kita kat bawah."
Adios.
Love,
Nur Ain



KELAS CIKGU AIN (ROTI)

 Assalamualaikum
Sekian lama sis tak update blog.
Sis busy gilos dan banyak benda liku-liku terjadi dalam hidup sis so sis tak sempat pun nak tengok blog sis.
K gais,
Harini sis nak cerita pasal KELAS CIKGU AIN yang diajar sendiri oleh sis.
Last year sis mengajar di Melaka untuk beberapa bulan.
Sis bekerjasama dengan Mini RTC Felcra Bukit Sedanan yang terletak di Melaka.
Pengurusnya, Encik Alif yang banyak bantu sis untuk terus maju dan beliau orang yang bertanggungjawab untuk bimbing sis serta bertindak sebagai mentor sis.
Al-kisahnya sis dengan ummi sis dulu terbaca satu iklan tentang kelas pembuatan pau di Melaka yang dianjurkan Mini RTC Felcra Bukit Sedanan. So masa ni kitorang rasa nekad nak pegi kursus tu. Maka bermulala babak pujuk-pujuk baba sis untuk hantar kitorang dua. Lepas dipujuk-pujuk so baba pun setuju untuk hantar kitorang and tunggu sampai program habis! Love you ba :)

Dari situ sis pegi bersemuka dengan En Alif dan tanya pasal peluang mengajar untuk kelas roti (Masatu En Alif tengah cari orang untuk mengajar kelas roti). Sis dengan selamba kata sis boleh mengajar. (Mak aku kat sebelah pandang panas je anak dia suka-suka hati sanggup nak mengajar padahal tak tau pun macamana :p)
Masatu En Alif suruh sis dengan ummi brainstorm untuk hasilkan tepung instant roti.
Sis buat lek je. HAHAHAHAHAHAHA,
Sis pandang ummi sis and kata kita mampu buat dan balik tu ummi cari formula untuk buat tepung instant roti dan yang penting uli pakai tangan.
Ummi sis try buat roti uli tangan tu banyak kali tapi still tak jadi. Keras kematu tahap baling dinding pun dinding retak.
Sampai la sehari sebelum hari yang sis akan pegi mengajar kat Ayer Keroh buat kali pertama, ummi sis still tak berjaya nak hasilkan roti yang lembut,
Memang terserlah stress kat muka ummi sis sampai tahap kami hampir eksiden sebab ummi mengelamun.
~~~~
Beberapa jam sebelum nak bertolak ke Melaka, kami cuba buat sekali lagi.
And yesss! menjadi kalini.
Sis punya tahap lega sampai nak buat sujud syukur rasanya,
Ni antara gambar-gambar sepanjang kelas sis yang sis jumpa kat laptop.
HAHAHA FILE BANYAK GILA WEH TAK JUMPA t.t



















 First class sis Alhamdulillah went well dan sis bahagia je dengan student-student sis walaupun kebanyakannya orang yang lagi tua dari sis. Tapi pada sis, ni ilmu. Ilmu ni tak kisah tua muda kita belajar je. Kalau kita tak mau belajaq dengan orang yang lagi muda dari dia maknanya ego dia setinggi gunung. hehehehehe.
Papepun sis harap semua student sis dapat apply semua teknik yang sis ajar dan moga-moga apa yang sis ajar tu dapat membantu kalian! :)

****Untuk sesiapa yang nak booked class bersama CIKGU AIN boleh direct e-mail sis hinurainmohamad@gmail.com atau whatsapp sis +60126600431










Love,
Nur Ain