Sebulan yang lepas sis with family ke Yogyakarta, Indonesia. Dan sis sorang yang kenal and bertujuan #mencarirangga. Hat lain tak kenai pun pebende rangga.hahahaha.
Kitorang pegi 5 orang.
Ramai yang dm mintak itinery.
So korang boleh baca ni.
Moga ini membantu korang!
Day 1
-Flight return KL-JOGJA-KL = RM420/person. (yang ni korang korang pandai2 la beli time air asia buat promo atau tiket free.masatu lagi murah.Yang ni kira mahal sebab nak tunggu semuanya free and dapat cuti)
-Tebing Breksi (masuk free cuma bayor parking je rp2k)
-Makan soto kat kedai makan apa tah tapi area kampung. sedap gila soto dia.kat Malaysia kan nasi impit kat sana dia letak nasi betul.yang penting sedap.Haha.
-Beli simcard simpati.beli dua je pastu hotspot.
-Gumuk Pasir (free)
-Pantai Parangtritis = rp6.750,00 (boleh feeling2 Cinta yang tengah reunion ama teman-temannya gitew.nak tengok sunset tapi tak nampak.)
-Alun-alun Kidul (penat kayuh nak mutar seround.kalau rasa tak cukup energy takyah naik)
Tebing Breksi
Soto dia sedap gila sumpah tak tipu
Gumuk Pasir
Alun-Alun Kidul
Pantai Parangtritis
Day 2
-Jurang Tembelan (bertolak pukul 4 pagi sebab takut ramai orang)
-Breakfast kat warung.Semua makan maggie sebab jakun tengok maggie kat sana.haha.
-Rumah Hobbit
-Hutan Pinus
-Goa Pindul (kitorang ambik tube caving je.harga local murah so korang speaking indon je nanti okay.kitorang ni dah terkantoi orang asing so jadi mahai.Kitorang ambik sekali pakej photographer. Nanti dia ikut je korang ambik gambaq dalam gua semua and gamba lawo). = rp100k/person (harga warga asing and photographer tu rp100k untuk satu family)
-Pulau Timang (nak ke pulau timang tu kena naik ojek/jip.kitorang naik ojek sebab nak save budget.) = rp50k/person (ojek) + rp200k/person (gondola)
-Lobster@pantai timang = rp550k/5 person.
-Singgah Mirota Kampus beli lagi maggie indomie untuk makan malam.Sedap wehhh.
Jurang Tembelan

Rumah Hobbit
Jumpa Warung Omak den kat sini
Hutan Pinus
Goa Pindul
Goa Pindul
Pulau Timang
Pulau Timang
Pulau Timang
Gondola @ Pulau Timang
Naik Ojek Untuk Ke Pulau Timan
Lobster @ Pulau Timang
Day 3
-Gunung Merapi (bertolak pukul 4.30 pagi untuk tengok sunrise .Merapi tour with Pak Andieska. Dia ambik gambo lawa gila tak tipu dah macam pro gila kot. Kitorang ambik pakej biasa je tapi dia buat macam ambik pakej adventure (sebab kitorang kuat menjerit tu yang dia tak charge kot hahaha).. Siap pakej adventure kat sungai dan semua basah. So sila bawak baju spare.= RM400k/5 person.
-Kalibiru (tempat ni jauh gila tapi view dia cantik MashaAllah. Kitorang ambik gambar kat spot 1 je sebab malas dah nak daki.Penat jerit kat gunung merapi.hahahaha.) = 10k/person (entrance fees) + 15k/person (spot 1) + 30k/person (4 gambaq yang photographer dia ambik).
-Gereja Ayam (Sebab Rangga dan Cinta berlakon kat situ hahahaha)
-Singgah indomart beli minyak angin fresh care Agnes Monica nak bawak balik Malaysia. Best minyak angin tu.(recommended)
-Malioboro Street beli keychain. (Nak gi Pasar Beringherjo tapi pukul 5 petang dah tutup tau. Kitorang beli keychain je kat sini sebab dah malam.)
-Singgah Mirota Kampus lagi shopping makanan bawak balik Malaysia. (Nabati kat sana murah gila oi!)
Sunrise @ Gunung Merapi
Jeep @ Gunung Merapi
Muzium Merapi
Muzium Merapi
Muzium Merapi
With Our Supir, Pak Andieska
Kalibiru
Kalibiru
Gereja Ayam Mau Ketemu Ranggaaaaaaaa
Shopping makanan bawak balik Malaysia. Nyam Nyam tu RM0.40 je kat sana kalau convert duit Malaysia.menangeh mak nakkkk.
Day 4
-Breakfast kat warung dekat dengan hotel Absari (Jalan kaki dari hotel)
-Balik hotel breakfast free lagi kat hotel.
-Adisujipto Airport. (Kalau nak lagi jimat, ambik grabcar je nak ke airport.Kitorang mintak supir hantar sebab nak singgah tempat lain sebelum balik Malaysia)
Breakfast kat hotel free
-Untuk Hotel, kitorang booked kat Traveloka. RM288/2 rooms untuk 4 hari 3 malam.
(Absari Hotel)
-Untuk Supir, kitorang ambik dengan pak andieska rp450k/day (tapi kitorang berjalan sampai malam dia tak charge pun tau andddddddddddd sangat sangat baik hati dan jujur MashaAllah. Masa kat Goa Pindul kitorang tinggal handbag dalam kereta dia tak ambik pape pun).
-Dekat Malioboro tu tawar menawar la and gunakan skill speaking sinetron korang tu untuk dapat murah okay!
-Dekat Goa Pindul pun gunakan skill speaking sinetron korang. Dapat harga untuk warga tempatan. Beza banyak tau.
Tengok video bawah ni :
Moga ini membantu!
Love,
Aingg

















































